Thursday, 8 January 2015

KISAH AMAR DANISH



"Pembedahan transplan Ammar perlu dijalankan cepat mungkin kerana sakit ini menyebabkan nyawanya ibarat bom jangka. Dia perlu dibedah dengan secepat mungkin dengan jumlah kos pembedahan adalah 250k."

Kata-kata yang keluar dari mulut, Puan Nazila kamaruddin, ibu kepada adik Ammar Danish, 14 bulan, yang menghidapi biliary atresia yang membuat hati admin rasa tersentak dan sebak mengenangkan adik Ammar. Subhanallah..Ujian yang besar diterima oleh Puan Nazila dan keluarga.

Untuk rujukan anda tentang penyakit Biliary Atresia klik http://goo.gl/zrcZo1

Bayangkan apa perasaan seorang ibu dalam keadaan begini kerana perkara ini bukan main-main kerana ia melibatkan nyawa anak kesayangan.

Wajah comel adik Ammar sebelum pembedahan Kasai

Adik Ammar Danish dilahirkan pada 8/11/13 sebagai seorang bayi comel normal dan sehingga berumur 3 minggu dia telah disahkan menghidapi penyakit biliary atresia dan telah pun menjalani pembedahan Kasai tetapi pembedahan itu tidak berjaya kerana kuning tidak turun.

Teknik KASAI atau pembedahan KASAI dapat dilakukan untuk membantu pengaliran cecair hempedu dari hati ke usus. Pembedahan ini dilakukan untuk 'bypass' saluran hempedu dengan menyambungkan sebahagian usus kecil kehati terus ke usus kecil. Pakar bedah mendapati kejayaan yang baik dengan tatacara KASAI bila dilakukan semasa bayi berumur 8 minggu pertama dari kelahiran. Jika pembedahan KASAI tidak berjaya maka pemindahan hati adalah satu-satunya cara untuk mengatasi masalah biliary atresia.

Kerana pembedahan Kasai tidak berjaya akhirnya adik Ammar disyorkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan transplant hati dalam bahasa senang adalah pemindahan hati baru. Pembedahan transplan hati ini perlu dilakukan di India dan kos pembedahan tersebut adalah sebanyak RM250,000.

Pada 11 Ogos 2014 adik Ammar telah muntah darah dan kritikal selama 10 hari di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang kerana ade saluran darahnya pecah disebabkan tekanan kuat pada hatinya yang rosak.

Yang terbaru, pada 29 Disember 2014 sekali lagi adik telah mengalami muntah dan berak berdarah sehingga hari ini masih di wad Hospital Selayang dan tahap kesihatan ammar semakin merosot.

Keadaan adik Ammar sekarang di Hospital Salayang

Selepas ini pada 18 Februari 2015 adik Ammar dijadualkan melakukan pembedahan Scop dan Bending di Hospital Kuala Lumpur(HKL) bagi mengikat saluran darah yg pecah atau bengkak.

Menurut Puan Nazila beliau amat takut kehilangan anaknya ini dan berusaha sedaya upaya untuk memdapatkan dana yang cukup bagi membolehkan anaknya ini menjalani pembedahan secepat mungkin.


"Dulu semasa dia di ICU saya rasa takut sangat kehilangannya tapi dia kuat untuk terus bersama saya," katanya mengenangkan semasa adik Ammar dirawat sebelum ini.

Kami di Siakapkeli dan ibu adik Ammar Puan Nazila merayu kepada anda pembaca Siakapkeli yang setia bersama kami, bantulah adik Ammar dalam kutipan dana untuk membolehkan adik Ammar menjalani pembedahan transplan hati secepat mungkin kerana adik Ammar memang memerlukan bantuan anda. Kongsikan kisah adik ini, ketengahkan kepada pihak yang boleh membantunya.

Marilah sama-sama kita menyumbang walaupun sedikit untuk yang tidak mampu dan bagi yang mampu hulurkanlah bantuan anda seikhlas hati.

Untuk menyumbang dana anda boleh menyumbang ke

Nazila kamaruddin
564333614419( maybank)

Untuk pengetahuan anda dana yang diperolehi sekang baru 10 peratus dari jumlah keseluruhan kos pembedahan. War-warkan kisah ini. Setiap apa yang kita lakukan untuk menolong adik Ammar pasti ada ganjaran saham untuk akhirat nanti

Monday, 20 January 2014

Isu Cumbu..Ape Komen Zizan?

  • Zizan Razak dan Emma MaembongZizan Razak dan Emma Maembong
 1 / 2 
“MANA buktinya? Saya minta hentikanlah dakwaan dan fitnah tersebut, saya betul-betul terkilan dengan dakwaan itu,” tegas Marina Juki, yang juga pengurus kepada Zizan Razak dan Emma Maembong berkaitan gosip yang menimpa kedua-dua artisnya.

Marina yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd berkata, gosip yang mendakwa Zizan bercumbuan dengan aktres Emma di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini adalah tidak berasas.

“Tak mungkin dia berbuat demikian, kerana saya berada di tengah antara Zizan dan Emma. Kami pergi bersama krew produksi syarikat seramai lapan orang.

“Mana boleh dia buat begitu sebab ia di depan khalayak dan di sekeliling kami?” katanya yang sangat terkejut sekali gus menyangkal dakwaan itu.

Pihaknya juga menyifatkan tuduhan itu sebagai perbuatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah artis di bawah naungan syarikat itu.

“Saya tak tahu apa tujuan mereka berbuat begitu. Tapi apa yang pasti, perkara itu tidak betul,” tegasnya berkali-kali.

Marina berkata, pihaknya akan memantau gosip liar dan dakwaan yang tidak berasas pada masa akan datang yang melibatkan artis yang berada di bawah naungan produksi itu.

“Kita akan pastikan semua gosip mengarut dan tak sihat ini tidak disensasikan. Ia bukanlah sesuatu yang sihat bahkan menjejaskan reputasi artis serta pandangan masyarakat yang ingin menjadikan seseorang artis sebagai ikon mereka.

“Jadi kami kena ubah strategi agar perkara ini tidak disensasikan sewenang-wenangnya dan menjadi buah mulut orang,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan bagaimanapun tidak dapat dihubungi dan difahamkan sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bersama Lisa Surihani dan Yusri KRU.

Selain Zizan, produksi itu mempunyai enam artis di bawah naungan mereka, antaranya Johan As’ari, Emma Maembong dan Kaka.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Kedua-dua pasangan itu pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.

Wednesday, 15 January 2014

Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

Peneraju dunia dalam rumusan keselamatan rangkaian berprestasi tinggi, Fortinet melalui laporan penyelidikan landskap ancaman FortiGuard Labs menemui botnet Bitcoin jenis ZeroAccess sebagai ancaman utama pada suku tahun ini.
Laporan itu juga mendedahkan analisis terbaru mengenai serangan siber di Korea Selatan dan dua variasi ‘adware’ Android baru yang menukar dalam senarai permerhatian sejak 90 hari yang lalu.
Pakar Keselamatan Strategik Dan Penyelidikan Ancaman Fortinet Fortiguard Labs, Richard Henderson berkata, pada suku tahun pertama 2013, syarikatnye mengesan pemilik ZeroAccess botnet mengekal dan menambah biangan serangan ‘bot’ di bawah kawalan tertentu..
“Dalam 90 hari lepas, pemilik ZeroAccess menghantar 20 kemas kini perisian kepada pengguna tertentu yang dijangkiti,”katanya.
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiCate, ZeroAccess adalah ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan. ZeroAccess digunakan untu klik penipuan dan perlombongan Bitcoin iaitu nilai mata wang digital yang berasaskan sumber berpusat dan terbuka terus menigkat berkemungkinan besar jumlah wang dihasilkan oleh ZeroAccess mengakibatkan kerugian berjuta.
“Oleh kerana populariti Bitcoin dan nilai meningkat, kita boleh cuba untuk menggunakan botnet mereka dalam fesyen yang sama atau mengganggu pasaran Bitcoin,”kata Henderson.
Pada masa sama, dua bariasi adware android baru iaitu Androin NewyearL.B dan Android Plankton.B mengakibatkan sebilangan besar jangkitan di seluruh dunia dalam masa 90 hari yang lalu.
“Kit pengiklanan baru yang sedang dipantau oleh kami mencadangkan penciptanya bersembunyi dan beum mendedahkan hasil kerje,”kata Penyelidikan Kanan Fortinet Maciejak.
Sumber: Harian Metro
Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

TAKKAN MENANG KES SAMPAI TERSELAK KAIN

TAKKAN MENANG KES SAMPAI TERSELAK KAIN

TAKKAN MENANG KES SAMPAI TERSELAK KAIN

Pelakon Rabecca Nur pada Jumaat berjaya memenangi kes tuntutan terhadap penerbit dan pengarah drama Erma Fatima ekoran perlanggaran kontrak dan melunaskan baki bayaran lakonan sebanyak 40 peratus selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membuat keputusan pada Jumaat.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang berkenaan berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepada Rabecca.
Menurut peguam yang mewakili Rabecca iaitu Nordin Othman, sekiranya Erma masih gagal melunaskan baki bayaran, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Erma.
“Pihak kami tidak meminta lebih daripada apa yang dijanjikan oleh Erma dan berharap baki bayaran Rabecca segera dilunaskan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Erma dan Rabecca sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.
Ia membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Sementara itu, Rabecca berkata, dia bersyukur apabila kes tuntutan itu berpihak kepadanya dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.
“Apa yang dituntut merupakan hak saya di mana saya berada di pihak yang benar. Kes tuntutan ini juga dibuat agar pihak penerbit tidak sewenang-wenangnya ‘mempermainkan’ hak pelakon.
“Saya juga tidak ada masalah jika dia (Erma) enggan mengambil saya berlakon kerana banyak lagi penerbit-penerbit lain yang mahu menggunakan khidmat saya,”

Zizan Razak & Ally Iskandar pun hentam PM pasal kangkung?

Zizan Razak & Ally Iskandar pun hentam PM pasal kangkung?

Zizan Razak & Ally Iskandar pun hentam PM pasal kangkung?

Kecoh media hiburan apabila beberapa Artis dikatakan mula menghentam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib mengenai Isu Kangkung. Screenshot status di akaun laman sosial yang didakwa milik artis telah tersebar dan dijadikan parodi oleh ramai blogger dan pengamal media sosial.
Antara artis yang didakwa menghentam PM ialah pelawak terkenal Zizan Razak dan pengacara terkenal Ally Iskandar:
Namun setelah melakukan sedikit semakan di laman media sosial, nampaknya ia bukanlah milik official/Rasmi artis yang didakwa menghentam PM. Sebaliknya, kedua-dua adalah page parody artis yang sengaja digunakan untuk menarik para peminat hiburan dan seterusnya menggunakan untuk tujuan lain seperti isu ini.
Page-page parody sebegini mempunyai followers dan fans yang ramai berikutan populariti artis berkenaan. Namun, ia akan memberikan persepsi negatif kepada tuan empunya badan. Pasti ramai peminat hiburan yang menjauhkan artis sebegini walaupun page itu tidak melambangkan diri mereka yang sebenar.
Apakah respon dari Zizan Razak dan Ally Iskandar mengenai isu ini?

Ungku Aziz nafi catatan berkaitan 'Kangkung' adalah tulisannya

Ungku Aziz nafi catatan berkaitan 'Kangkung' adalah tulisannya

Ungku Aziz nafi catatan berkaitan 'Kangkung' adalah tulisannya
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

"Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

"Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya kepada Bernama di sini.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit."

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

"Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya.

Tuesday, 14 January 2014

Pelajar PEREMPUAN ditemui maut dalam parit

KUCHING - Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superitenden Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital
besar di sini untuk bedah siasat.  

Pada 4 Januari, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.  - Bernama