Monday, 13 January 2014

Cara / Tips / Petua Menghilangkan Jerawa

Petua Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah In Shaa Allah Berkesan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang masih setia membaca blog ‘noob’ Dr Fuh ni. Pahabaq semua? Semoga kailan ikan masin semua sehat wal apiat. Harini Dr Fuh nak share satu rahsia atau petua atau mat saleh cakap tips  menghilangkan jerawat. Ya jerawat ya, bukan kurap mahupun panau. Hehehe
Actually banyak dah dikongsikan petua menghilangkan jerawat ni oleh blog atau laman-laman lain. Tetepi mungkin ada sedikit perbezaan dengan petua menghilangkan jerawat yang Dr Fuh nak kongsikan ni. Cuba la try test tengok. Mana tau berkesan. Kita ikhtiar dengan penuh keihklasan In Shaa Allah dipermudahkan oleh Nya dan berkesan.

Cara / Tips / Petua Menghilangkan Jerawat

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sumber: Petua Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah Dan Berkesan 

No comments:

Post a Comment